Antony kongsi kisah hidupnya sebelum menjadi pemain profesional. Dia kini bersyukur dengan setiap saat dalam kehidupannya apabila memikirkan kesukaran dialaminya ketika dia masih kecil.

Baca juga artikel

Martial Mengutuk Mourinho Secara Terbuka: “Dia Tak ‘Respect’ Saya”

Kecewa Tak Dimasukkan, Asensio Mengamuk Depan Ancelotti Sambil Sepak Botol Air

Analisis Taktikal Final Piala FA 2022: JDT Kalahkan Terengganu Dalam Banyak Aspek

Antony mendedahkan kesulitan hidup yang terpaksa dilaluinya untuk menjadikannya sebagai pemain bola sepak selepas membesar dalam persekitaran agak ‘ghetto’ dan dalam kemiskinan.

Antony kongsi kisah hidupnya menerusi Sky Sports dengan berkata: “Saya tidak mempunyai kasut bola untuk bermain bola sepak. Saya tidak mempunyai bilik tidur, saya tidur di atas sofa.”

“Saya tinggal betul-betul di tengah-tengah favela. Kira kira 20 meter dari rumah saya adalah pengedar dadah. Ada ketika abang, kakak dan saya akan menangis dan berpelukan memikirkan tentang kehidupan kami.”

“Ada kalanya kami menimba air keluar daripada rumah kami yang banjir, tetapi kami tetap melakukannya dengan senyuman di wajah kami.”

Selepas berjaya di Ajax, Antony kini memulakan kerjayanya di Manchester United dan dengan pantas menjadi kegemaran peminat di Old Trafford.

Dia menjaringkan gol pada penampilan sulungnya menentang Arsenal selepas hanya 35 minit.

Pemain Brazil itu menerima hantaran Marcus Rashford dan melakukan percubaan melencong melepasi Aaron Ramsdale.

Walaubagaimanapun, penampilan sulung Antony di Eropah kurang menarik perhatian. Pemain Brazil itu bergelut untuk memberi impak sebelum digantikan dalam kekalahan 1-0 pasukannya kepada Real Sociedad.

Pemain antarabangsa Brazil itu seterusnya akan beraksi pada hari Khamis apabila United melakukan perjalanan sukar ke Sheriff dalam aksi Liga Europa.